Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pihak sekiranya terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.<br /><br />Tegas Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sehingga kini seramai 73 orang penjawat awam termasuk Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah disiasat dan diambil tindakan atas kesalahan berkait unsur pemerdagangan manusia.